بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Okay, aku mulakan post ni dengan satu persoalan. Terbaca satu artikel dalam salah sebuah blog sensasi tempatan memaparkan kes suami tak suka isteri bertudung dan memaparkannya di Facebook. Ya; benar itu adalah pilihan masing-masing tetapi bukankah itu jauh lebih baik daripada mendedahkan aurat pada orang lain selain daripada yang selayaknya a.k.a suaminya?
Fuhh.. Jem otak aku fikir benda ni. Aku dididik di awal usia dengan keindahan duniawi yang hanya seketika dan bila tua-bangka ni barulah nak berjinak balik dengan kehidupan islamik; itupun dengan niat nak pulang kepada-Nya sebaik yang boleh (اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ). So, kenapa jem-cramp otak aku memikior hal ni? Bukan ke ni hal rumah tangga orang so tak perlu sibuk kot, ya tak?
Aku hanya nak luahkan pendapat sahaja. Korang terima atau tak, up to you. Ada komen yang positif dan membina, dijemput share atau betulkan apa-apa silap kata aku dalam post ni. Aku pun main type sahaja berdasarkan video-video informatif berkaitan Islam dari ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan ulama'-ulama' di internet. Mohon betulkan aku jika salah bersertakan nas-nas yang menyokong pembetulan tu so that aku boleh buat revision.
First thing's first. Pakai tudung tu wajib atau tak? Tidak. Pakai jubah tu wajib atau tidak? Tidak. Pakai hand-socks, pakai stokin tu wajib atau tidak? Tidak sama sekali. So, the question is 'apa yang wajib'? TUTUP AURAT, betul? Tak kesahlah nak tutup pakai apa sekalipun asalkan tertutup dan menepati syarat-syarat penutupan aurat berlandaskan syarak. Basically, kita dah tahu tutup aurat itu WAJIB. Bila perlu kita cover aurat tu dan dengan siapa? Tu cerita lain post-lah.
Secondly, tutup aurat tu wajib tetapi masih ada yang tak menutupnya. Antara alasannya, "tak sampai hidayah lagi", "aku masih muda", "aku bukanlah dari kalangan orang yang baik-baik", "pilihan aku", "kubur masing-masing" dan macam-macam lagi. Berbulu jugak dengar certain alasan yang sangat membuat aku #iCannotBrainThis. Hidayah? Seingatnya dah lebih 1400 tahun dah Allah suruh hambanya tutup aurat. Masih muda? Confirm ke masih ada hari esok buatmu? Kubur masing-masing? Harap dah mati nanti tanam jauh-jauh sikit dari aku so that aku tak terganggu #IfYouKnowWhatIMean.
Aku bukan nak kata aku good-good cuma bila sel-sel otak berhubung dengan urat kentut ni boleh mendatangkan kebingungan + ke'stress'an para penasihat mahupun para pendengar. Tahukah korang, if (and only IF) korang buat apa-apa kesalahan atau kesilapan seperti tak menutup aurat tetapi tidak ditegur oleh orang sekeliling, korang 'akan mengheret' mereka ke neraka sekali? Aku tak nak kena heret, babe. So, aku tegur; cara aku yang pastinya kasar dan kurang malah tak ada nas-nas sokongan (kalau ada pun, jarang yang nak baca sepenuhnya #MohonStudySendiri ).
Back to aurat-thingy. To certain people, payah nak tutup aurat ni setelah bertahun-tahun tak menutupnya. Nak start memang payah, chor. Aku tak nafikan. Aku rasa boleh kot buat some simile-expressions. Bayangkan tutup aurat tu lebih kurang macam solat. Bagi yang jarang solat (macam aku dulu) memang payah nak mula cukupkan 5 waktu tu. Payah, bro; payah. As for me, aku start dengan cara yang SANGAT TIDAK DIGALAKKAN. That is by being a hypocrite. Solat bila ada member-member nak tunjuk waraq. Solat bila ada mak ayah nak tunjuk anak yang soleh. Hipokrit sangat.
Days passes by. Months and up until now; years. Dari sifat hipokrit tu bertukarlah ke sifat yang ikhlas. Aku tak tahu macam mana tetapi aku rasa Dia dah lembutkan hati aku. Dia dah buka pintu hati aku, meneranginya dengan hidayah yang tak disangka-sangka, dan meniup keikhlasan untuk beribadah kepada-Nya. Miss solat tu dah macam miss nak call seseorang yang disayangi dan dicintai cuma in this context; the one that I am missing to call is Allah The Almighty.
How come boleh macam tu sekali? Hidayah. Macam mana nak peroleh hidayah tu? Tunggu hidayah datang bergolek-golek-golek-golek atau usaha walaupun tiada keikhlasan pada mulanya? Berdasarkan cerita pasal diri aku yang di-share tadi, jawapannya USAHA. So, Aku nak relate antara solat dan tutup aurat. I know. It's hard but that's life, man. Even korang nak gaji pun kena kerja bagai nak rak, kerja tak ada keikhlasan-lah, kerja kerana terpaksa-lah, kan? Kalau boleh nak goyang kaki lepak rumah lepas tu sedar-sedar dah ada orang bank in duit dua ke tiga ribu, kan? That's not how life works unless kau tu anak lord. Haha.
Susah nak tutup aurat. Dah lah panas, tak selesa, gatal-lah, miang-lah dan lagi seribu satu alasan. Nope. Dah cuba? Berapa lama? Tak cuba extend time frame (meaning, tak cuba lengahkan masa untuk buka aurat semula)? Aku dulu dah lah payah nak solat, payah nak pakai jeans panjang, but now? Aku dengan senangnya menutup aurat dan jarang miss solat. Semua atas USAHA yang pada asalnya tidak ada keikhlasan.
So, seruanku kepada semua, marilah menutup aurat dan cukupkan solat 5 waktu. Belum sampai hidayah? Kita usaha untuk mencari dan mendapatkannya. Masih muda? Ingat! Bila-bila sahaja Allah boleh jemput kita pulang kepada-Nya. Kubur masing-masing? Yang angkat korang masuk kubur tu pun orang juga. Bukannya dari kalangan orang baik-baik? Carilah kebaikan nescaya Allah akan memberikan kepada hanba-hamba-Nya yang mencari kebaikan dengan usaha.
Dan aku akhiri post ini dengan mutiara kata dari Al-Quran:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubar apa yang ada pada diri mereka" -Ar-Ra'd: 11-
p/s: Peringatan ikhlas sekali lagi, kalau ada apa-apa pembetulan, mohon inform. Aku pun still in learning process. Kalau ada komen-komen membina mahupun emosi, jemput komen di ruangan komentar di bawah post ini.
That's all for now, folks! I'm Samudera Kasih. Signing out. Thanks.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ